Sunday, May 12, 2019

5 TIPS PILIH UNIVERSITI / KOLEJ / SELEPAS SPM MELALUI UPU


1. Jika korang diberi sehingga 10 pilihan, pastikan kesemua 10 pilihan korang memang dalam range yang korang suka. 
Jangan main amek je.. sebab macam case kawan akak, 5 pilihan pertama tu dia letak course dan universiti yang dia suka. Tapi last sekali letak IT. Dan course IT yang tu lah yang dia dapat padahal dia tak nak pun IT tu. 

2. Listkan prioriti korang terlebih dahulu
A) Ada ke korang jenis tak nak duduk jauh dengan mak ayah? Then pilih universiti sama negeri.
B )Ada ke korang jenis yang apa pun terjadi, nak course engineer sahaja? Then pastikan semua pilihan korang dari 1 sampai 10 kesemuanya adalah engineer. Pstikan result SPM korang pun qualified.


3. Kaji course betul-betul. 
a) Contohnya kalau nak jadi dentist korang kena tahu, habis degree dentistry belum tentu korang boleh bukak klinik tau. Last time akak dengar, korang kena buat master or phd baru boleh bukak klinik dentistry so make sure kaji course sebelum pilih. Sama jugak dengan architecture. Rajinkan google dan tanya soalan dekat blog, contact senior-senior. Kebanyakkan course adalah INDAH KHABAR DARI RUPA hakikatnya tak macam dalam novel dan drama TV3.

b) Lepastu tengok ada skop kerja tak. So far pengalaman akak elakkan course sains tulen seperti : Biologi (sahaja), Kimia (sahaja), Fizik (sahaja). Setahu akak ramai lepasan course  ni susah dapat kerja yang berkaitan dengan bidang. So kaji course mana yang senang dapat kerja.

c) Tengok jugak hala tuju course tersebut. Contohnya korang nak amek master tak nanti? Apa kelebihan master? Korang akan amek PhD ke? Google. Nak senang contact senior.


4. Kaji universiti dan komen senior yang belajar kat universiti tu. Tengok pelbagai sisi : 

a) Kerohanian. Jangan pilih universiti tak jaga agama, takut esok lusa korang bukak tudung.

b) Yuran. Jangan main masuk universiti, sekali jah yuran mahal giler. Memang ada tauu universiti yuran murah yuran mahal.

c) Pinjaman dan biasiswa. Tengok senior yang belajar kat universiti tu, apa dorang kata tentang pinjaman dan biasiswa. Ada universiti yang lambat giler masuk duit so make sure kaji!

d) Pengalaman belajar pun penting. Ada setengah universiti kolot dan lama, sistem tak perbaharui so banyak masalah yang akan korang hadapi. Lepastu cafe dan kantin takde makanan ya ampunn kebuluq beb!! Belum cerita kolej asek takde bekalan air terputus elektrik subhanallah. So rajinkan contact senior dekat facebook or instagram. Tanya je soalan tapi jaga adab okehh. 

e) Tak perlu pilih universiti femes-femes. Nanti korang dah masuk alam kerja takde sape peduli pun korang dari universiti mana. Orang kat situ semua dah 5-6 tahun bekerja dah takde herannya korang universiti X ke Y ke kolej ke. Masa nak employ tu pun.. boss just nak tahu pointer korang je hahaha. Itu pun bila dah setahun dua kerja takde sape kisah pointer korang hoho. Ramai yang regret pilih universiti yuran mahal alih2 takde sape kisah pun dia dari universiti mana. Unless la korang belajar dekat  universiti havard UK tu yelaa tu memang top university in the world lain cerita hahah. 


5. Korang kena faham at the end of the day, benda yang paling penting adalah :
a) Dapat course yang senang belajar. Serious talk. Korang mungkin berangan nak course engineer, nak medic, nak arts itu ini blablabla sebab korang fikir itulah impian korang. Tapi sebenarnya mungkin tak. Apa yang korang berangan pasal sesuatu course tu, biasanya tak sama dengan process belajar dan hasilnya. Subjek setiap sem pelik dan ada yang korang tak sangka kena belajar dalam course tu. Dan student yang paling happy adalah student yang dapat course yang senang score. Senang tak semestinya course tu tak bagus. Tengok korang mahir subjek apa. Kalau matematik, korang boleh ke arah accounting, engineer, dll. Kalau pandai biologi, ke arah medic, nursing (yang faculty of health science dll). 

b) Dapat course yang senang dapat kerja. Paling stress bila student dah study sampai 3rd or 4th year tetibe dapat tahu, senior dorang yang dah graduate pun masih belum dapat kerja! Haa sebab apa? Sebab dorang demand nak kerja yang berkaitan dengan course. Bayangkan elok-elok dah study biologi, tetibe jadi pegawai yang takde kaitan dengan biologi. Belum cerita gaji sikit tak berbaloi atau tak sepadan dengan penat belajar. Korang rasa??


And lastly.. berserah kepada Allah. Doa dan tawakkal. Kalau tak tahu nak pilih mana, minta nasihat mak ayah, kawan, saudara mara, senior dan encik google lepastu istikharah. Main things you need to remember ;


A) Sometimes parents korang lebih faham course mana yang sesuai berdasarkan skop kerja. Mungkin course tu bukan favorite korang. Tapi selagi tak terlalu susah, ada kemungkinan course tu akan jadi keuntungan bila carik kerja. 

B) Sekarang mungkin korang tak nampak tapi duit sebenarnya priority utama. Kalau pilih course yang gajinya sikit, perit bebb nak bayar bil apa semua nak kawen lagi. Yela sekarang korang single mingle ajet tak nak kawen. Kawan akak ramai cmtu alih2 dah ada calon sekarang. So jangan abaikan duit. Think of your future. 

C) Utamakan kelebihan korang. Kalau  suka melukis dan dalam masa sama pandai matematik, amek je bidang ada matematik. Lukis tu bila-bila boleh buat. Tapi matematik tak semua orang mahir. So benda ni akan mudahkan korang dapat degree yang lebih special + mudah ketika belajar. 

 Do what you love and what you're good at.

No comments:

Post a Comment