Sunday, May 12, 2019

5 TIPS PILIH UNIVERSITI / KOLEJ / SELEPAS SPM MELALUI UPU


1. Jika korang diberi sehingga 10 pilihan, pastikan kesemua 10 pilihan korang memang dalam range yang korang suka. 
Jangan main amek je.. sebab macam case kawan akak, 5 pilihan pertama tu dia letak course dan universiti yang dia suka. Tapi last sekali letak IT. Dan course IT yang tu lah yang dia dapat padahal dia tak nak pun IT tu. 

2. Listkan prioriti korang terlebih dahulu
A) Ada ke korang jenis tak nak duduk jauh dengan mak ayah? Then pilih universiti sama negeri.
B )Ada ke korang jenis yang apa pun terjadi, nak course engineer sahaja? Then pastikan semua pilihan korang dari 1 sampai 10 kesemuanya adalah engineer. Pstikan result SPM korang pun qualified.


3. Kaji course betul-betul. 
a) Contohnya kalau nak jadi dentist korang kena tahu, habis degree dentistry belum tentu korang boleh bukak klinik tau. Last time akak dengar, korang kena buat master or phd baru boleh bukak klinik dentistry so make sure kaji course sebelum pilih. Sama jugak dengan architecture. Rajinkan google dan tanya soalan dekat blog, contact senior-senior. Kebanyakkan course adalah INDAH KHABAR DARI RUPA hakikatnya tak macam dalam novel dan drama TV3.

b) Lepastu tengok ada skop kerja tak. So far pengalaman akak elakkan course sains tulen seperti : Biologi (sahaja), Kimia (sahaja), Fizik (sahaja). Setahu akak ramai lepasan course  ni susah dapat kerja yang berkaitan dengan bidang. So kaji course mana yang senang dapat kerja.

c) Tengok jugak hala tuju course tersebut. Contohnya korang nak amek master tak nanti? Apa kelebihan master? Korang akan amek PhD ke? Google. Nak senang contact senior.


4. Kaji universiti dan komen senior yang belajar kat universiti tu. Tengok pelbagai sisi : 

a) Kerohanian. Jangan pilih universiti tak jaga agama, takut esok lusa korang bukak tudung.

b) Yuran. Jangan main masuk universiti, sekali jah yuran mahal giler. Memang ada tauu universiti yuran murah yuran mahal.

c) Pinjaman dan biasiswa. Tengok senior yang belajar kat universiti tu, apa dorang kata tentang pinjaman dan biasiswa. Ada universiti yang lambat giler masuk duit so make sure kaji!

d) Pengalaman belajar pun penting. Ada setengah universiti kolot dan lama, sistem tak perbaharui so banyak masalah yang akan korang hadapi. Lepastu cafe dan kantin takde makanan ya ampunn kebuluq beb!! Belum cerita kolej asek takde bekalan air terputus elektrik subhanallah. So rajinkan contact senior dekat facebook or instagram. Tanya je soalan tapi jaga adab okehh. 

e) Tak perlu pilih universiti femes-femes. Nanti korang dah masuk alam kerja takde sape peduli pun korang dari universiti mana. Orang kat situ semua dah 5-6 tahun bekerja dah takde herannya korang universiti X ke Y ke kolej ke. Masa nak employ tu pun.. boss just nak tahu pointer korang je hahaha. Itu pun bila dah setahun dua kerja takde sape kisah pointer korang hoho. Ramai yang regret pilih universiti yuran mahal alih2 takde sape kisah pun dia dari universiti mana. Unless la korang belajar dekat  universiti havard UK tu yelaa tu memang top university in the world lain cerita hahah. 


5. Korang kena faham at the end of the day, benda yang paling penting adalah :
a) Dapat course yang senang belajar. Serious talk. Korang mungkin berangan nak course engineer, nak medic, nak arts itu ini blablabla sebab korang fikir itulah impian korang. Tapi sebenarnya mungkin tak. Apa yang korang berangan pasal sesuatu course tu, biasanya tak sama dengan process belajar dan hasilnya. Subjek setiap sem pelik dan ada yang korang tak sangka kena belajar dalam course tu. Dan student yang paling happy adalah student yang dapat course yang senang score. Senang tak semestinya course tu tak bagus. Tengok korang mahir subjek apa. Kalau matematik, korang boleh ke arah accounting, engineer, dll. Kalau pandai biologi, ke arah medic, nursing (yang faculty of health science dll). 

b) Dapat course yang senang dapat kerja. Paling stress bila student dah study sampai 3rd or 4th year tetibe dapat tahu, senior dorang yang dah graduate pun masih belum dapat kerja! Haa sebab apa? Sebab dorang demand nak kerja yang berkaitan dengan course. Bayangkan elok-elok dah study biologi, tetibe jadi pegawai yang takde kaitan dengan biologi. Belum cerita gaji sikit tak berbaloi atau tak sepadan dengan penat belajar. Korang rasa??


And lastly.. berserah kepada Allah. Doa dan tawakkal. Kalau tak tahu nak pilih mana, minta nasihat mak ayah, kawan, saudara mara, senior dan encik google lepastu istikharah. Main things you need to remember ;


A) Sometimes parents korang lebih faham course mana yang sesuai berdasarkan skop kerja. Mungkin course tu bukan favorite korang. Tapi selagi tak terlalu susah, ada kemungkinan course tu akan jadi keuntungan bila carik kerja. 

B) Sekarang mungkin korang tak nampak tapi duit sebenarnya priority utama. Kalau pilih course yang gajinya sikit, perit bebb nak bayar bil apa semua nak kawen lagi. Yela sekarang korang single mingle ajet tak nak kawen. Kawan akak ramai cmtu alih2 dah ada calon sekarang. So jangan abaikan duit. Think of your future. 

C) Utamakan kelebihan korang. Kalau  suka melukis dan dalam masa sama pandai matematik, amek je bidang ada matematik. Lukis tu bila-bila boleh buat. Tapi matematik tak semua orang mahir. So benda ni akan mudahkan korang dapat degree yang lebih special + mudah ketika belajar. 

 Do what you love and what you're good at.

Monday, October 30, 2017

Masalah keputihan dan 4 langkah penyelesaian

Sekarang ramai hadapi masalah keputihan, soalannya normal ke tak? Boleh ke kita kurangkan keputihan? Jom di bawah saya kasi penerangan ringkas.

Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar dalam vagina membawa keluar sel mati dan bakteria menjadikan vagina bersih serta mencegah jangkitan. Ini bererti keputihan sememangnya normal dan sihat. Jumlah, bau dan warna berbeza bergantung pada kitaran haid anda. Banyak keputihan jika anda ovulasi, menyusu, atau dalam keadaan seksual. Bau mungkin berbeza jika mengandung atau kurang menjaga kebersihan diri.

TAPI jika warna, bau, atau konsistensi luar dari kebiasaan terutamanya disertai keputihan gatal atau rasa panas di vagina, anda mungkin dapat melihat jangkitan atau keadaan lain.

Credit to WebMD
Bagaimana keputihan yang tidak normal dirawat?

Jangkitan yis - ubat antikulat yang dimasukkan ke dalam vagina dalam bentuk krim atau gel. 
Vaginosis bakteria - dirawat dengan pil atau krim antibiotik.
Trichomoniasis - metronidazole ubat (Flagyl) atau tinidazole (Tindamax).


Berikut adalah petua untuk cegah jangkitan vagina 

1) Pastikan vagina bersih dengan membasuh dengan sabun lembut dan air suam.

2) Jangan gunakan sabun wangian dan semburan feminin.

3)Selepas pergi ke bilik mandi, sentiasa lap dari depan ke belakang untuk mencegah bakteria masuk ke dalam vagina dan menyebabkan jangkitan.

4) Pakaian kapas 100%, dan elakkan pakaian terlalu ketat.


Mencegah masalah keputihan dengan produk shaklee


SHAKLEE merupakan supplement kesihatan yang telah lama digunakan, halal dan mendapat lulusan KKM. Ia mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda dalam masa yang singkat insya-Allah. Terlalu banyak testimoni positif dari pelanggan yang anda boleh jumpa di google. Untuk pembelian secara ekonomi, saya sarankan anda mengambil alfalfa complex dahulu. Jom hubungi saya dengan segera untuk mendapatkan consultation PERCUMA yang dibimbing khas di bawah doktor dan pakar nutrisi. Saya akan pastikan anda mendapat kesan yang baik insya-Allah, follow-up akan sentiasa dilakukan. Jom jangan lepaskan peluang ini!







Tuesday, October 24, 2017

PENGALAMAN DISERANG SAKIT JANTUNG, TAK MACAM YANG DISANGKA


Image result for heart attack
Ramai tak tahu sebenarnya kebanyakan serangan jantung berlaku secara tiba-tiba dalam keadaan yang tak disangka. Saya salah seorang berpengalaman berhadapan dengan pesakit yang terkena 'heart attack'. Ia berlaku dengan sangat pantas dan alhamdulillah pesakit segera ke hospital & berjaya diselamatkan. Namun siapa tahu apa boleh berlaku jika terlambat beberapa minit?

Tapi yang lebih memeranjatkan saya sebagai ahli keluarga ialah, tanda-tanda diserang penyakit jantung yang ditunjukkan adalah tidak seperti yang kita sangkakan! Sebab itu penting untuk anda tahu tanda serangan sakit jantung serta langkah perlu dilakukan semasa perjalanan ke hospital.

1) Rasa sakit di dada dan berpeluh

Image result for chest pain
Gambar sekadar hiasan

"Pada suatu pagi, saya mula merasa sakit di dada saya dan berpeluh, saya berasa tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku adalah serangan jantung, tetapi saya berada di tempat yang selamat dan saya suami saya saya pergi ke hospital dan saya terhubung dengan ECG dengan segera. Saya terkejut ketika kakitangan hospital memberitahu saya mengalami serangan jantung. Saya terburu-buru menjalani pembedahan dan meletakkan satu stent. Kembali ke pembedahan dan mempunyai dua stent lagi. Kemudian, doktor memberitahu saya ada bukti bahawa saya juga mempunyai serangan stok dan jantung yang tidak dikenali. Hari ini, saya berasa hebat! Saya masih mempunyai hari-hari yang baik dan buruk, tetapi saya bangun setiap pagi melihat ke hari dan peluangnya. Saya telah belajar dari penyakit jantung saya, dan sekarang saya mengambil perhatian lebih baik daripada sebelum serangan jantung saya. " - Janice



2) Rasa seperti masalah pencernaan / sakit perut


Related image
Gambar sekadar hiasan

Selepas beberapa minit, saya mula merasakan saya mengalami masalah pencernaan tetapi tidak terlalu teruk. Ia mula meningkat jadi saya pergi mengambil beberapa biji aspirin. Isteri bertanya, "abang okay? Abang kelihatan pucat" ketidakselesaan itu kemudian menjadi sakit dan merebak ke tangan saya, lengan saya seolah-olah bertukar jadi jeli, mereka sangat lemah sehingga saya tidak dapat mengangkatnya sama sekali. Kemudian isteri saya bawa ke hospital walaupun saya mula berasa baik, tapi isteri saya enggan patah balik. Sejurus kemudian saya diberitahu nurse yang saya menghidap sakit jantung.


3) Sakit di lengan kiri
Image result for discomfort left arm heart attack
Gambar rujukan

Saya tidak menyedari bahawa gejala awal yang saya alami adalah serangan jantung, kerana rasa sakit di lengan kiri saya, ketidakselesaan dada saya sama seperti masalah pencernaan dan sakit otot di leher dan bahu tegang. Anak lelaki saya mencadangkan mengambil aspirin, yang saya lakukan dan rasa sakit reda - walaupun tekanan dalam dada saya kekal. Saya menunggu dua hari sebelum mendapatkan rawatan perubatan dan kemudiannya bergegas dengan ambulans ke hospital. Di hospital, doktor memberitahu arteri kiri saya tersumbat dan saya menerima tiga stent.

4) Sakit belakang disertai sakit dada, lengan, dan rahang.

Image result for pressure jaw heart attack
Gambar sekadar hiasan
Saya bangun dengan kesakitan di bahagian belakang saya yang kemudiannya berpindah ke dada, lengan dan rahang. Saya tahu ia adalah gejala serangan jantung, tetapi saya fikir, "Saya berumur 40 tahun." Rakan saya memandu saya ke hospital dan yakin ia serangan jantung. Saya mempunyai 2 arteri tersekat dan menerima 5 stent. Pada tahun 2005, saya sakit di rumah dan saya muntah sepanjang hari. Pada malam itu saya bangun dengan sakit dada yang teruk, jadi suami saya memanggil 911 dan sekali lagi saya mengalami serangan jantung. Kali ini saya menerima triple bypass. Saya kini berasa elok.

Anda dah tahu simptom serangan jantung? Mari amalkan gaya hidup sihat dan amalkan 3 makanan natural untuk elak penyakit jantung. Ingat, ia boleh berlaku walaupun terhadap orang muda!
Rujukan ; iamproheart.com, experienceproject.com, womenheart.org, Webmd.com
Bermanfaat? Jom share dengan orang ramai. Siapa tahu mungkin perkongsian anda bakal menyelamatkan satu nyawa, hanya dengan menekan butang 'share' di bawah.